Koperasi Islamika Berhad

Online Islamic Studies and Practicality

VISI

Muamalat Islam dalam Perniagaan.

MISI

Menjadi Kooperasi yang mencetus Inisiatif Solusi Amalan Muamalat Islam Ke Antarabangsa.

OBJEKTIF

  1. Menyusun pengumpulan dana melalui pelbagai sumber bagi mengerakkan unit-unit lain supaya ahli memperoleh ruang dan peluang perniagaan.
  1. Menentukan projek dan produk untuk dibangunkan sesuai dengan kepakaran yang ada pada ahli untuk menjadi sebagai sara hidup mereka.
  1. Menyediakan latihan asas dalam dunia perniagaan serta “platform” untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan perniagaan sekurang-kurangnya 50% daripada ahli mampu menggunakan e-Dagang ; memajukan sistem perhubungan maya yang lebih efisien di antara ahli.
  1. Memastikan ahli-ahli memiliki Ilmu-Ilmu Asas Fardhu ‘Ain dan juga Ilmu Muamalat Islam termasuklah mengetahui Maqasid Syariah sebagai garis panduan dalam kehidupan; serta kebajikan ahli terbela dan terjaga.

KEANGGOTAAN

Anggota yang akan menyertai koperasi ini terdiri daripada komuniti Usahawan Muslim yang terdiri dari pengilang, pengedar dan usahawan yang ingin menjalankan perniagaan berkonsepkan patuh syariah.

KAWASAN OPERASI

Kawasan operasi adalah Semenanjung Malaysia.

MANFAAT ANGGOTA

Di antara manfaat yang ditawarkan oleh program sokongan Usahawan adalah:

  • Bantuan khidmat bimbingan dan nasihat percuma;
  • Bantuan pembiayaan.
  • Berkongsi pengalaman dan kepakaran khususnya dalam pelaksanaan Sistem Perniagaan menurut Syariah.
  • Latihan amali di kilang untuk program mentor / menti.
  • Peningkatan daya saing di kalangan usahawan koperasi.
  • Sinergi perniagaan melalui program pemadanan perniagaan
  • Akses Hubungan rangkaian dua hala yang erat dengan Kementerian berkaitan.

Program akan DATANG!

Rakan Dagang Online


Program Mentor Mentee


Rakan KOOP

Seminar Online