BERJEMAAH / BERADA DLM SUATU JAMIAH / KOPERASI

Online Islamic Studies and Practicality

BERJEMAAH / BERADA DLM SUATU JAMIAH / KOPERASI

  • Kenapa nak berjemaah?
  • Wajibkah berada dlm jemaah atau berjemaah?
  • Jemaah manakah yg kita patut ikut?

Ada DALIL kah wajib berada Salam satu-satu jemaah?

Ya, ada DALIL, maka bila ada DALIL ia menjadi satu KEWAJIPAN atas setiap kita berada Di dalamnya.

Jamaah (Islam) adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan. Realiti jemaah ini sangat penting di dalam Islam:

  • Negara (Daulah) Islam
  • Ekonomi Islam
  • Ketenteraan & kekuatan
  • Hubungan sesama Muslim dll….

Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Sebuah Daulah Islam yang kuat akan mengukuhkan sesebuah negara tersebut dari sebarang ancaman musuh.

Adalah mustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.

Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:

a) Dalil daripada al-Qur’an

Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)

Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘thoifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan bererti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia.

Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang.

Baik. Di sini yg akan kita bincangkan adalah PENUBUHAN KO-OP ISLAMIKA BERHAD sebagai sebuah wadah atau thoifah utk menggerakkan satu kuasa Ekonomi yang padu dan mantap secara teratur dan tersusun.

Bila disebut KOPERASI ia adalah SUATU himpunan manusia dari pelbagai latarbelakang, budaya dan keturunan yg berbeza-beza. Sudah pasti cara pemikiran dan olahan serta sikap juga turut berlainan dan mempengaruhinya – sdgkan itu adalah SUATU rahmat dan ianya adalah perkara TEKNIKAL semata-mata.

Justeru, yang kita inginkan penubuhan KO-OP di sini adalah sebuah KOPERASI yang di isi dgn ahli-ahli yang di didik dgn ILMU ISLAM dan berpendidikan serta mempelajari utk memiliki IJAZAH atau SANAD agama yang sahih supaya KO-OP ini dapat berjalan dan bergerak di atas landasan syar’ie yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.

Tak ada gunanya jika kita berkoperasi hanya sekadar utk mencapai CITA-CITA DUNIA semata-mata. Just a matter of waisting our GOLDEN TIME atas muka bumi ini. Kita nak buat sesuatu yg boleh memberikan GANJARAN pahala dan kebajikan yang banyak kepada kita sebagai BEKALAN kita utk ke AKHIRAT nanti.

Dengan yang demikian KOPERASI perlukan AHLI-AHLInya atau jemaahnya, maka ahli yang macamanakah sepatutnya berada Di dalam KOPERASI ini?

Sudah pasti kita mahukan ALI-AHLI yang memiliki ciri-ciri akhlak Rasulullah yakni:

  • Sideq
  • Amanah
  • Tabligh
  • Fatonah
    …… Kerana inilah ciri-ciri termulia & terbaik yang pernah di lahirkan oleh baginda Nabi saw.

Tetapi persoalannya, adakah ciri-ciri manusia spt itu di ZAMAN kita sekarang ini dan spt yg kita inginkan?

Baik, begini. Soal ada atau tidak, kita yang akan menentukannya bersama-sama, okey!

Sebab itu kita mulakan THOIFAH ini dgn 50 HOURS (50 days) KULIAH pada setiap malam baru-baru ini (insyaallah kuliah akan bersambung lagi selepas ini) Tujuannya tidak lain adalah sebagai LANGKAH AWAL memahamkan ahli-ahli ttg keperluan memiliki kefahaman AGAMA terlebih dulu agar ahli-ahli yang akan berada di dalam koop ini lebih HARMONIs dan BERAKHLAK MULIA dgn keperibadian Nabi Saw, para sahabat as serta para ulama pewaris baginda.

Awaluddin Makrifatullah – Awal-awal agama Mengenal Allah. Justeru, apabila ahli-ahli mampu utk makrifat kpd Allah, maka pasti segala usaha kita akan menjadi mudah terurus lantaran mereka sudah punya IMAN, dan IMAN akan mengawal segala gerak geri nya dan memastikan mereka akan berada di atas hak hak yang sebenarnya.

Jadi, di dalam koop ini kita akan bekerja bersama-sama; belajar / mengaji bersama-sama, berusaha bersama, so EVERYTHING we do it TOGETHER, barulah jelas konsep dan tujuan berjemaah atau berkoperasi itu.

JGN hanya menjadi ahli yg nakkan manfaat DUNIA semata-mata, ttp hendaklah TARGETNYA itu AKHIRAT!

KOPERASI ADALAH SUATU BINAAN YG KUKUH.

Firman Allah swt, mafhumnya,
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalan-Nya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh”
(As Saff ayat 4)

‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Dalil daripada hadis Rasulullah saw:

“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu RAHMAT sedang perpecahan itu adalah AZAB”

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Semoga anda mendapat manfaat daripada mesej ini.

Jazakumullah khair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *